Tuesday, September 16, 2008

Kepelbagaian Biologi & Ekologi Fauna di Malaysia. 2003. ISBN 967-942-641-6 (Paperback). 228hlm. Shukor Md. Nor & Neeta D. Sinnappah-Kang

Kepelbagaian Biologi & Ekologi Fauna di Malaysia. 2003. ISBN 967-942-641-6 (Paperback). 228hlm. Shukor Md. Nor & Neeta D. Sinnappah-Kang

Pembangunan yang pesat secara tidak langsung telah menyebabkan perubahan yang mendadak pada alam sekitar di Malaysia. Penggunaan tanah bagi tujuan pembangunan dan eksploitasi sumber semula jadi menyebabkan banyak spesies fauna kehilangan habitat semula jadi untuk bermandiri. Bagi spesies yang mempunyai populasi yang rendah, kebarangkalian untuk pupus adalah tinggi dalam keadaan seperti ini. Menyedari hakikat ini, kepelbagaian dan spesies fauna yang terdapat di negara ini perlulah dikaji dari masa ke masa dan seterusnya dinilai dan ditaksir statusnya. Penilaian dan penaksiran amat penting bagi tujuan pengurusan untuk mengurangkan kesan kepupusan. Menurunnya kepelbagaian biologi yang disebabkan oleh perubahan habitat semula jadi adalah isu penting yang dihadapi oleh bukan sahaja ahli biologi di Malaysia, malah di seluruh dunia masa kini. Buku ini membincangkan status kepelbagaian dan ekologi fauna yang terdapat di Malaysia, termasuk fauna terestial, akuatik dan marin.

SHUKOR MD. NOR, Ph. D., Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. NEETA D. SINAPPAH-KANG, Ph. D, pensyarah di Pusat Pengajian yang sama.


No comments: